Dua orang manusia turun dari udara perlahan-lahan dan mendarat di atas platform. Susuk-susuk badan yang baru muncul itu ialah Xiao Yan dan Nalan Yanran. Mereka adalah orang terakhir yang tiba.
Kemunculan mereka telah menarik perhatian orang-orang di situ. Banyak renungan tertembak ke arah mereka berdua. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak kenal akan Xiao Yan dan Nalan Yanran kecuali beberapa orang. Walaupun nama itu tersebar jauh kerana dendam di antara Xiao Yan dan Astaka Kilat Angin, masih terdapat sedikit jurang di antara dia dan Cik Feng, Tang Ying dan beberapa individu luar biasa daripada generasi muda.
Xiao Yan tidak kelihatan telah mengesan renungan-renungan ini. Matanya memerhati ke seluruh tempat. Sejurus sahaja ternampak hampir dua puluh orang di sini, hatinya tergamam sedikit. Sungguh tidak dijangka kelajuan orang-orang ini begitu pantas. Dia tidak boleh mengejar mereka meskipun telah meneruskan perjalanan pada waktu malam.