Satu pancaran cahaya meluru keluar dari Bandar Transformasi Tulang secepat kilat. Cahaya itu menyerbu ke dalam banjaran gunung di luar bandar dalam sekelip mata.
Xiao Yan mengaktifkan sayap tulang ke kelajuan maksima lalu mempertingkatkan kelajuannya ke tahap dahsyat. Air mukanya sedikit muram sambil susuk badannya meluru ke hadapan. Walaupun dia tidak mengesan Fei Tian mengejarnya, dia tidak fikir lelaki tua berwajah muda itu akan berputus asa begitu sahaja.
"Bagaimana lelaki tua ini mencari saya? Saya telah mengembara menerusi pendalaman gunung dan hutan-hutan sepanjang waktu ini. Mustahil orang-orang Astaka Kilat Angin boleh menemui saya."