Konfrontasi ekonomi di antara kedua-dua keluarga di Bandar Wu Tan telah mencapai pengakhirannya dengan kemenangan Puak Xiao. Untuk Puak Jia Lie pula, sebagai pihak yang kalah, pengaruh mereka semakin merosot. Mereka tidak akan dapat mendapat kembali kemegahan mereka seperti dahulu.
Konfrontasi di antara kedua-dua puak ini telah berhenti menjadi topik hangat di Bandar Wu Tan selepas seminggu lebih. Orang yang suka benda baru dan tidak suka benda lama, telah mengalihkan perhatian mereka kepada perkara yang lebih penting. Perkara ini berkaitan dengan pengambilan pelajar baru di Akademi Jia Nan.
Sebagai institusi paling terkenal di Benua Dou Qi, Akademi Jia Nan merupakan tempat suci di dalam hati setiap remaja. Jika mereka dapat menghabiskan pelajaran mereka di sana, perjalananan mereka yang seterusnya akan lebih lancar. Bukan sahaja mereka dapat kembali ke rumah dengan bangga, mereka juga akan dicari-cari oleh pihak yang tertentu.