Sebuah pekan kecil dan sunyi terletak di persimpangan di antara Wilayah Sudut Hitam dan Akademi Jia Nan. Cahaya matahari dari langit bertaburan ke bawah dan menerangkan cetakan ufuk di atas papan tanda yang tergantung di atas jalan masuk pekan kecil itu. Dua perkataan biasa yang tiada aura membunuh muncul di bawah cahaya matahari lalu membuatkan seseorang berasa tenang.
"Pekan Aman!"
Beban dipikul di bahu kumpulan Xiao Yan kelihatan telah dibuang saat mereka mendaki bukit dan memandang ke arah pekan kecil di bawah. Nafas yang panjang dihembuskan perlahan daripada mulut Xiao Yan sebelum beransur-ansur bertukar menjadi kekosongan. Perjalanan ini memang menyeksakan.
"Jom, tiada orang akan kejar kita lagi selepas kita masuk ke Pekan Aman… Akademi Jia Nan sudah menerima mesej dan terdapat agak ramai pakar di pekan kecil itu bersiap-sedia untuk menerima kita." Renungan Su Qian ditarik semula dari pekan kecil sambil dia berkata tersenyum.