Xiao Yan berjalan keluar dari terowong yang agak gelap. Cahaya matahari berkilauan menyinari ke bawah dari langit. Bunyi riuh-rendah seakan nada iblis telah didengari oleh telinga Xiao Yan lalu menyebabkan dia mengerutkan dahi.
Xiao Yan mengecilkan mata sambil dia mendongak. Dia memandang aliran manusia yang penuh sesak bergerak di sepanjang jalan-jalan luas di hadapannya. Dia tidak dapat menahan diri daripada mengeluh memuji. Saiz Bandar Maharaja Hitam tidak lebih dari ibu kota Empayar Jia Ma. Dari sesetengah sudut, ibu kota Empayar Jia Ma pun tidak boleh diperbandingkan dengan bandar ini. Lagipun, apa yang dimiliki tempat ini tiada di dalam ibu kota itu.
"Mana kita nak pergi seterusnya?" Mata Doktor Pari-Pari beralih ke sekeliling sambil dia bertanya lembut.