Orang Ular berkepala botak merenung tajam pada teratai api hijau jed yang sedang berkeliaran di depan Xiao Yan dengan mata penuh kesungguhan. Dia jelas memahami daripada renungan tenang Xiao Yan itu, jika dia mengorak selangkah lagi ke depan, teratai api yang mengandungi tenaga liar dan dahsyat itu akan tertembak ke arahnya.
"Budak, awak betul-betul layak menjadi Ketua Persekutuan Yan. Awak memang ada sedikit kebolehan…"
Orang Ular berkepala botak itu menjilat bibirnya dan tertawa. Bagaimanapun, sikap sombong dari awal tadi sudah lesap daripada nadanya. Kini, dia mula mempercayai khabar-khabar angin di dalam puak yang Xiao Yan boleh mengalahkan seorang pakar Dou Zong. Teratai api indah itu memang menyebabkan rasa takut meresap keluar dari dalam jiwanya.