Xiao Yan sedang berdiri di atas sebuah bangunan tinggi sambil melihat nota kertas di tangan dengan air muka serius. Dia memetik jarinya seketika kemudian dan nota kertas itu bertukar menjadi api sebelum melesap pantas.
"Dewan Roh ya…"
Xiao Yan merungut lembut. Satu niat membunuh dingin dan tebal menerpa perlahan-lahan di dalam mata hitam gelapnya. Kebenciannya terhadap organisasi ini boleh dikatakan telah meresap ke dalam tulang-belulangnya. Ini adalah kerana dua orang yang paling rapat dengannya sudah berada di dalam tangan mereka.