Apabila Xiao Yan mendongakkan kepala selepas suaranya kedengaran, dia hanya ternampak beberapa muka terkejut. Dia tidak dapat menahan diri daripada terpegun sambil dia bertanya berwaspada. "Kenapa? Tidak boleh dilakukan?"
"Ugh… tidak, tidak. Ya, ya. Sudah tentu boleh."
Tokoh Pertama membalas segera apabila dia terdengar soalannya. Matanya mendedahkan satu keriangan liar yang sukar disembunyikan. Dia tidak sangka Xiao Yan sanggup menggunakan begitu banyak usaha untuk menapis Pil Tulang Darah Roh Kayangan. Sebagai seorang Tokoh Bangsa Orang Ular, dia sudah tentu tahu kesukaran untuk menapis pil perubatan sebegini dan risiko yang perlu dilalui seorang.
Air muka tiga Tokoh lain yang sedang memandang Xiao Yan dengan renungan dingin dan gelap awal tadi serta-merta menjadi lembut. Mereka mengangguk lemah. Walaupun orang ini berbangsa manusia, dia sekurang-kurangnya tidak membenci.