Konsep masa agak samar-samar di dalam hutan gunung. Lagi-lagi di dalam lembah senyap.
Pada waktu ini, sebulan sudah berlalu sejak Xiao Yan memulakan sesi pengasingan diri. Bagaimanapun, tiada sebarang keriuh-rendahan di dalam lembah. Kepompong cahaya besar berwarna ungu yang ditransformasi Zi Yan juga masih melepaskan kilauan cerah pada kadar yang stabil. Tiada sebarang tanda-tanda dia akan memecahkan kepompong dan keluar daripadanya. Medusa juga agak tidak bermaya menghadapi perkara ini. Dia telah memandang rendah tenaga yang diperlukan oleh Zi Yan untuk memajukan diri.
Medusa meraba dagunya sambil duduk bersila di atas batu besar. Renungannya berhenti pada kepompong cahaya untuk seketika sebelum berpusing ke arah gua yang ditutup dengan serpihan-serpihan batu besar. Dia mengeluh di dalam hati apabila dia tidak melihat sebarang aktiviti berlaku di situ.