Mata Xiao Yan memerhatikan bahan-bahan perubatan yang dicatatkan di dalam skrol tersebut. Dia mengangguk seketika kemudian dan berfikir dalam selepas meletakkan skrol tersebut ke dalam cincin semula. Bahan-bahan perubatan ini amat jarang. Kemungkinan seseorang perlu menggunakan banyak masa untuk mengumpul semua bahan tersebut. Nampaknya dia perlu mencari Tuan Hai berkenaan perkara melibatkan bahan-bahan perubatan ini. Sebagai pemilik rumah lelongan terbesar empayar, sudah tentu kaum ini mempunyai simpanan yang hebat. Walaupun bahan-bahan perubatan ini jarang, mungkin akan dijumpai beberapa jenis di antara bahan-bahan tersebut.
Xiao Yan mengeluh lega memikirkan perkara ini. Dia memusingkan badannya dan turun dari katil batu sebelum berjalan keluar dari kamar.