Xiao Yan meninggalkan bilik mesyuarat dan kembali ke biliknya untuk membuat persediaan terakhir sebelum dia mula menapis beberapa ubat penyembuh. Selepas dia sudah selesai dengan persediaannya, dia menyelinap masuk ke gua terbiar dahulu yang Xiao Yan pergi berlatih.
Yao Lao pernah berkata, penting untuk tidak dikacau semasa proses penapisan ubat dan dengan ahli puak yang banyak di puaknya, amat sukar untuk diselesaikan di rumah. Jika sesuatu terjadi, seperti Xiao Yu merempuh masuk ke dalam biliknya, seperti yang pernah terjadi, Xiao Yan tidak mungkin menanggung akibatnya.
Melangkah ke dalam gua dengan senyap, Xiao Yan berasa gatal untuk bermula, jadi dia mengeluarkan Cincin Simpanan di dalam bajunya dengan pantas dan menolak satu aliran Dou Qi ke dalam. Cincin merah muda itu mengeluarkan satu cahaya kelipan sebelum satu periuk ubat sepanjang separuh meter termuncul di dalam gua itu.
Seluruh periuk ubat itu berwarna merah tua gelap dan ia memberikan satu cahaya kecil. Ia mempunyai dua ekor kepala ular yang kelihatan tidak baik yang diukir di bawah periuk tersebut, mulut mereka ternganga membentuk satu lubang yang dihubungkan supaya udara boleh masuk ke dalam periuk tersebut. Kedua-dua lubang itu dipanjangkan dan mendalam ke dalam periuk itu, diameter menjadi lebih kecil setiap inci dan jika seseorang itu melihat ke dalamnya, tiada benda yang boleh dilihat.
Pada hujung periuk ubat itu mempunyai satu penutup periuk berwarna merah tua gelap itu mempunyai satu bentuk ular yang besar. Di sebelah penutup, terdapat satu lubang istimewa di mana bahan-bahan akan dimasukkan.
Di atas periuk ubat itu mempunyai lubang-lubang kecil yang diperbuat daripada Perak Berais. Ia mempunyai kesan mengeluarkan haba untuk menghalang haba daripada berkumpul, yang mungkin menyebabkan letupan. Di sebelah periuk ubat itu dipasang satu skrin lutsinar pada tengah-tengah supaya seluruh proses panapisan boleh dilihat dengan jelas oleh ahli alkimia.
Permukaan periuk itu terukir satu bentuk binatang liar yang jahat yang kenampakan seperti hampir melompat daripada periuk tersebut.
Meneliti kecantikan periuk ubat itu, Xiao Yan mengangguk kepala dengan puas hati. Xiao Yan menggosok cincin hitam kuno itu dan Yao Lao muncul dalam sekelip mata.
"Baik, periuk ini mempunyai dua saluran keluar. Sebagai ahli alkimia amatur macam awak, ia sudah mencukupi." Yao Lao berkata dengan tidak acuh sambil memandang periuk ubat yang berwarna merah tua gelap itu.
"Dua saluran?" Mendengar terma tidak beberapa kenal itu, Xiao Yan mengelip mata dan melihat dengan teragak-agak.
"Periuk ubat mempunyai pangkat mereka tersendiri. Lagi banyak saluran keluar sebuah relau bagas, lagi tinggi peringkat periuk ubat itu dan ia juga lebih jarang dinampak. Jangan sangka seseorang itu boleh membuat beberapa lubang dengan rawak dan menambah saluran. Orang luar tidak mempunyai kiasan terhadap misteri saluran keluar tersebut. Saluran merupakan inti pati sebuah periuk ubat, dan memerlukan kecekapan yang amat melampau untuk diperbaiki sehingga sempurna. Jika periuk ini diperbuat dengan satu kesalahan kecil, seluruh periuk ubat itu akan dikira sebagai sampah. Oleh itu, lagi banyak saluran sebuah periuk ubat ada, lagi baik kesan penapisan seorang ahli alkimia. Sudah tentu, jika awak berhasrat untuk mengawal beberapa saluran, awak mesti mempunyai pengertian roh yang tinggi. Untuk awak sekarang, mengawal dua saluran api sudah hadnya." Yao Lao ketawa sambil menjelaskannya.
"Untuk seorang ahli Alkimia, kepentingan untuk mempunyai satu Periuk Ubat yang baik umpama seorang panglima mempunyai pedang yang baik.
Dalam keadaan masih tidak memahami, Xiao Yan merenung periuk ubat besar itu di depannya dan bertanya, "Sekarang, apa yang saya kena buat?"
"Untuk sekarang, lebih baik awak membiasakan diri awak dengan periuk ubat terdahulu. Tekan satu tangan pada satu saluran, dan meningkatkan Dou Qi di dalam badan awak dan menyalurkannya ke dalam." Yao Lao duduk bersilang di dalam gua itu dan mengarah Xiao Yan.
Mengangguk kepalanya, Xiao Yan meletak satu tangan pada saluran dan menutup matanya dengan perlahan. Di dalam badannya, satu Qi berwarna kuning pudar dikeluarkan. Satu Dou Qi terkeluar dengan sedikit demi sedikit dan menyebabkan tapak tangannya menjadi bersinar dengan warna kuning muda.
Selepas samaran itu, Dou Qi kuning sampai ke tapak tangannya, ia menjadi tenang. Selepas itu, seperti bertarung dengan tarikan graviti yang teruk dan mendadak, Dou Qi-nya tiba-tiba menumpah keluar dari tangannya dan melalui ke dalam saluran tersebut dan memasuki ke dalam periuk ubat.
"Pu….."
Bunyi kedengaran dan Qi kuning sudah dipindahkan melalui saluran api itu dan telah bertukar menjadi satu api kuning yang pudar. Di dalam periuk ubat itu, api semakin marak.
Melihat tapak tangannya tiba-tiba mengeluarkan api, Xiao Yan yang terkejut itu hampir melepaskan tangannya. Walau bagaimanapun, selepas berasa tangannya tidak menjadi panas, dia menjadi sedikit tenang.
"Tidak buruk sangat. Untuk percubaan pertama awak, awak sudah berjaya mengeluarkan api."
Memerhatikan api di dalam periuk itu, Yao Lao mengangguk dan berkata dengan nada rendah. "Api yang awak telah kumpulkan bukan api penapisan yang tulen. Sekarang, awak patut menumpukan perhatian dalam mengawal Elemen Kayu di dalam badan awak dan menuangnya ke dalam periuk ubat tersebut!"
Xiao Yan menurut arahan dengan menutupkan matanya. Sedikit demi sedikit, pemikiran dia ditumpukan dan pengertian rohnya yang cemerlang itu terus meneliti badannya untuk jejak Elemen Kayu.
Selepas 10 minit, Xiao Yan akhirnya terjumpa Elemen Kayu dalam badannya untuk kali pertama. Dia mengeluh lalu membuka matanya.
"Jumpa?" Melihat Xiao Yan membuka mata, Yao Lao bertanya. Mengangguk kepala, Yao Lao memuji Xiao Yan di dalam hatinya. Apabila Yao Lao mendapat jejak elemen kayu di dalam badannya, ia mengambil Yao Lao sebanyak separuh jam. Daripada ini, Yao Lao boleh melihat sampai mana tahap pengertian roh Xiao Yan yang kuat itu.
Xiao Yan menghulurkan satu jari untuk menekan saluran api itu dengan ringan. Sedikit demi sedikit, aliran Qi hijau mengalir ke dalam.
Semasa Qi hijau itu memasuki ke dalam periuk ubat itu, api kuning muda itu mula bertenang, seperti mempunyai tindakan kimia. Pada waktu ini, sungguhpun Xiao Yan masih belum mampu mengawal api, dia terasa seperti api itu telah dijinakkan oleh elemen kayu tersebut. Tambahan pula, disebabkan oleh prinsip kayu memberi hidup kepada api, api pada masa ini lebih terkawal dan akan bertahan lebih lama dari tadi.
"Bagus…." Berpuas hati, Yao Lao mengangguk kepala dan menghulurkan jarinya untuk menyentuh dahi Xiao Yan lalu memindahkan informasi ke dalam kepala Xiao Yan.
"Ini merupakan rumusan ubat penyembuhan saya sendiri, awak boleh guna sebagai latihan. Saya akan membimbing awak tentang suhu api dan komposisi bahan-bahan ubat untuk ditapis."
Xiao Yan mengecilkan matanya apabila informasi baru itu sedang diproses oleh kepalanya.
"Serbuk Darah Beku: satu ikat Rumput Darah Beku, satu Buah Cergas, dua Bunga Candu….."
Selepas Xiao Yan mengingat seluruh bahan alkimia itu, pengertian rohnya mula disalurkan ke dalam periuk ubat itu dan dia cuba sedaya upaya untuk mengawal api sederhana tersebut.
Membuat satu pergerakan dengan jarinya yang dipakai cincin itu, satu ikat Rumput Darah Beku muncul pada tapak tangannya. Selepas seketika, Xiao Yan membuang ikatan itu ke dalam mulut ular pada hujung periuk tersebut.
Selepas membuang Rumput Darah Beku itu ke dalam, Xiao Yan tidak dapat mengawal api itu dengan sepenuhnya. Api itu membakar ke atas dan dalam sekelip mata, ikatan Rumput Darah Beku itu bertukar menjadi habuk dan mekanisma unik periuk itu membuangkan bahan itu daripada periuk.
Melihat kegagalan yang pertama, Xiao Yan ketawa dengan malu.
"Teruskan." Yao Lao berkata dengan tidak acuh.
Menelan air liur, Xiao Yan sekali lagi membuang satu ikat Rumput Darah Beku ke dalam. Kali ini, Rumput Darah Beku itu berada di dalam untuk seketika tetapi seperti sebelum ini, ia bertukar menjadi habuk.
"Suhu terlalu tinggi."
Xiao Yan mengelap peluhnya. Sekarang dia telah mencuba untuk menapis pil dengan sendiri, Xiao Yan akhirnya menyedari kerja seperti ini bukan untuk semua orang.
Selepas membakarkan hampir 20 ikatan Rumput Darah Beku, Xiao Yan akhirnya mendapat tangkap suhu yang sesuai untuk Rumput Darah Beku itu.
Melambung satu lagi ikat Rumput Darah Beku, air muka Xiao Yan menjadi serius dan pengertian rohnya mengawal dengan tegas suhu api tersebut. Matanya melalui Inti Berais itu dan tertumpu pada Rumput Darah Beku yang sedang terapung di dalam api tersebut.
Api itu mendidih untuk seketika dan Rumput Darah Beku itu akhirnya mula menanggalkan lapisan kulitnya dan jus yang terkumpul di dalam daunnya mula disejat menjadi serbuk. Inti pati Rumput Darah Beku itu akhirnya berjaya ditapis oleh budak amatur itu.