Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 669 - Memulakan Perjalanan. Pulang Ke Empayar Jia Ma!

Chapter 669 - Memulakan Perjalanan. Pulang Ke Empayar Jia Ma!

Terdapat perubahan kecil pada atmosfera di puncak gunung sejurus kemunculan pemuda berjubah hitam ini. Susuk-susuk hitam yang berdiri di belakang Xiao Li juga mengalihkan renungan ke belakang. Pada waktu ini, atmosfera yang asalnya bising menjadi sunyi-sepi sepenuhnya. Sejenis tekanan luar biasa menyelubungi atas gunung tersebut. Ngauman Raksasa-raksasa Bermagik di hutan juga menghilang pada waktu ini.

Tie Wu, Su Mei dan Tuan Yin Su memuja di dalam hati mereka semasa melihat pemuda berjubah hitam yang sedang tersenyum. Walaupun umur pemuda ini kelihatan lebih muda daripada mereka, mereka sukar mengekalkan ketenangan di depannya meskipun mempunyai sikap kuku besi yang telah diasah dalam Wilayah Sudut Hitam. Ini adalah kerana mereka jelas mengetahui pemuda dengan senyuman hangat ini telah menyebabkan seorang Dou Huang elit dan seorang pakar yang mempunyai setengah kaki ke tahap Dou Zong di Wilayah Sudut Hitam mati katak.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS