Beberapa susuk manusia sedang duduk di Bilik Mesyuarat luas di dalam Bandar Feng. Bunyi tawa sekali sekala kedengaran tatkala beberapa pekerja wanita anggun melalui dewan untuk menghidang teh dan air kepada pelbagai lapisan tetamu penting.
"Ke ke, Saudara Xiao Li. Disebabkan idea lelongan pil perubatan sebelum ini, populariti Bandar Feng cukup untuk mengasak ke kedudukan tiga teratas di Wilayah Sudut hitam. Bandar Feng tidak boleh mencapai tahap ini sewaktu Persekutuan Hitam menduduki tempat ini dulu." Satu tawa kasar berbunyi di dalam dewan. Orang yang sedang bercakap itu mempunyai lengan terdedah dengan tatu seekor singa ganas yang sedang mengaum ke arah langit di dadanya. Dia ialah Ketua Geng Singa Liar yang bergelar Singa Liar Tie Wu.