Sebotol demi sebotol pil perubatan dihantar ke tangan Xiao Li berulang kali mengikut aliran masa sewaktu Xiao Yan mengasingkan diri. Meskipun berasa gembira terhadap sumber-sumber pil yang banyak ini, Xiao Li akhirnya berhenti menjual pil-pil perubatan tersebut. Selepas bergaul lama dalam Wilayah Sudut Hitam untuk dua hingga tiga tahun, dia jelas sedar cara terbaik untuk memperolehi nilai terhebat untuk pil-pil perubatan ini adalah dengan melelongnya!
Kini, Bandar Feng sudah dikawal sepenuhnya oleh Pagar Xiao. Disebabkan oleh kuasa mereka, mereka boleh menguruskan satu lelongan bereputasi yang bertumpu hanya pada jualan pil-pil perubatan. Oleh itu, Xiao Li menghantar informasi tentang satu lelongan yang akan dijalankan melalui pelbagai saluran selepas persediaan beberapa hari.