"Urusan perniagaan? Apa jenis urusan perniagaan?"
Ketiga-tiga ketua tersebut yang asalnya berfikir Xiao Yan ingin melawan mereka telah terpegun akan kata-kata yang diluahkannya. Mereka serta-merta bertanya tidak pasti.
Xiao Yan tersenyum dan berfikir seketika sebelum bercakap perlahan, "Hasil Bandar Feng amat mewah. Saya boleh benarkan tiga kaum awak memperoleh perkongsian keuntungan tersebut."
"Apa yang Ketua Xiao ingin kami lakukan?" Ketiga-tiga ketua itu saling berpandangan sebelum lelaki uzur bermuka bayang-bayang gelap itu bertanya berwaspada. Mereka tidak percaya durian akan runtuh dari langit tanpa sebab.
"Saya mempunyai musuh yang agak kuat. Walaupun saya sudah yakin saya boleh bersaing dengan mereka, saya masih memerlukan beberapa pembantu," Renungan Xiao Yan dikunci pada mereka bertiga dia dan ketawa pudar. "Saya hanya perlukan kamu bertiga untuk membantu pada masa itu."