Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 65 - Kemajuan Dou Zhe

Chapter 65 - Kemajuan Dou Zhe

Walaupun Xiao Yan telah mendapat Serbuk Pengumpul Qi, dia tidak memakannya serta-merta. Sebaliknya, dia mengeluh dengan mendalam dan memaksa diri untuk menahan nafsunya dan berbaring di atas katil untuk berehat.

Xiao Yan tahu jika dia memulakan proses untuk menjadi seorang Dou Zhe dalam keadaannya sekarang, peluang untuk gagal ialah 70%. Walaupun Yao Lao telah mencipta Serbuk Pengumpul Qi itu dengan mudah, Xiao Yan tidak mahu mengambil risiko yang boleh dielakkan.

Melihat Xiao Yan yang mampu menahan godaan untuk mencapai tahap Dou Zhe, Yao Lao mengangguk kepala dengan puas hati. Badannya menyilau sambil bertukar menjadi cahaya dan hilang ke dalam cincin hitam.

…..

Selepas proses penyiapan Serbuk Pengumpul Qi, kadar latihan Xiao Yan menjadi perlahan dengan irama yang stabil. Setiap hari, dia akan melatih Dou Qi-nya selama sejam sebelum pergi ke belakang gunung Puak Xiao dan melatih kemahiran Dou-nya. Jika adas masa, Xiao Yan akan menemani Xun Er untuk bersiar-siar di Bandar Wu Tan. Hidup ini sangat memuaskan.

Selepas mengecapi kesenangan selama 5 hari, Xiao Yan akhirnya terasa dia berada di puncaknya. Masa ini paling baik untuk cuba menjadi Dou Zhe.

…..

Di pergunungan di belakang hartanah Puak Xiao, terdapat satu gua yang tersembunyi di bawah tebing curam. Gua itu mempunyai mulut sebesar satu meter dan telah dipilih oleh Xiao Yan sebagai tempat latihannya. Di sebelah tebing curam itu ternampak awan berkabus dan jauh di bawah kabus merupakan Banjaran Gunung Binatang Syaitan yang penuh dengan haiwan kejam. Di bawah tebing curam itu mempunyai cenuram yang dalam sehingga tidak dapat melihat kedalamannya. Pintu masuk ke dalam gua itu mempunyai satu lorong sempit yang telah disembunyikan oleh Xiao Yan menggunakan dahan dan batu. Oleh itu, Xiao Yan sangat pasti jika dia memilih tempat ini untuk satu kemajuan besar, dia tidak akan dikacau oleh orang lain.

Menarik nafas dengan perlahan, Xiao Yan mengeluarkan botol jed. Menyengetkan botol itu, satu pil berwarna hijau kebiruan bergolek keluar.

Memandang Serbuk Pengumpul Qi yang licin dan berkilau itu, satu senyuman terbentuk pada muka Xiao Yan. Dia sekali lagi menghidu bau wangi itu yang boleh menyenangkan hati seseorang. Menjilat jarinya, Xiao Yan masukkan pil tersebut ke dalam mulutnya.

Semasa Serbuk Pengumpul Qi itu dimasukkan ke dalam mulut, satu sensasi dingin seperti ais boleh dirasai oleh mulutnya. Beberapa saat kemudian, satu tenaga suci yang suam mula berpindah dari mulut ke dalam badannya sambil mengeluarkan satu sentakan pada badan Xiao Yan.

Dengan muka yang tenang, Xiao Yan menggunakan kedua-dua tangan dan membentuk satu meterai tangan untuk menyerap Dou Qi. Nafasnya menjadi stabil apabila Dou Qi itu membalas fikiran Xiao Yan dan mula bergabung dengan inti pati suci yang dikeluarkan oleh pil itu dan menapisnya.

Di dalam gua kecil, udara tenang itu sudah menjadi berat apabila Dou Qi tiba-tiba mula berkumpul daripada udara dan diserap ke dalam badan Xiao Yan secara berterusan.

Menggigit bibirnya dalam kesakitan, kedua-dua tenaga itu berlaga di dalam badan Xiao Yan dan menyebabkan gelombang kesakitan di seluruh badannya. Bersyukur, aliran Xiao Yan lebih kuat daripada kebiasaan orang lain, justeru itu, sungguhpun ia amat sakit, ia tidak akan menyebabkan kerosakan yang teruk padanya.

Di dalam badannya, Dou Qi mengelilingi inti tenaga hijau suci itu dan menapisnya dengan pantas. Tenaga hijau itu bertukar menjadi Dou Qi putih dan dengan Dou Qi yang baru dibentuk untuk mendorong proses kemajuan, Dou Qi di dalam tubuh Xiao Yan mula mengembang sehingga ia boleh dilihat dengan mata kasar.

Sungguhpun inti suci daripada pil itu sedang ditapis tanpa henti-henti, ia terus mengalir tanpa penghujungnya. Setiap kali Dou Qi itu berhasil untuk menapis satu kumpulan inti, satu kumpulan tenaga hijau yang lebih besar akan memancut ke hadapan.

Dengan kedua-dua Dou Qi sedang ditapis dalam tubuhnya dan diserap dari luar, Dou Qi di dalam badan Xiao Yan mula mengisi sebahagian besar aliran badannya.

Seperti tadi, proses penapisan tidak berhenti. Apabila inti pil itu hampir hilang, Xiao Yan yang masih mabuk dengan pertumbuhan pantas kuasanya tiba-tiba menyedari Dou Qi di dalam badannya sudah mengembang sehingga tahap kritikal dan tidak dapat lagi ditingkatkan.

Penambahan Dou Qi menyebabkan aliran Xiao Yan untuk mengembang dan sudut bibir Xiao Yan mula terbuka sebagai balas kepada gelombang kesakitan yang dirasai olehnya.

"Cepat! Mampatkan Puting Beliung Qi! Sebelum is meletup!" Jeritan Yao Lao seperti petir, meletup di dalam hati Xiao Yan.

Menarik nafas dingin yang dalam, meterai tangan Xiao Yan tiba-tiba bertukar sebagai tanda persetujuan. Menyentuh ibu jari dan jari tengah pada masa yang sama, kesemua jarinya mula membentuk satu meterai tangan yang pelik.

Xiao Yan pernah mengambil langkah ini dan oleh itu apabila dia menggunakannya sekali lagi, ia mengalir seperti air, lembut dan tidak terhaland.

Mengikut pertukaran meterai tangan, Dou Qi yang mengalir ke dalam badan Xiao Yan tiba-tiba mengalir ke bawah perutnya yang sedang menyedut Dou Qi itu dengan liar dan ganas.

Apabila kesemua Dou Qi sudah berkumpul di kawasan perut, Dou Qi putih itu mula bertukar menjadi putih pekat seperti susu.

"Cepat mampatkan Dou Qi! Gunakan pengertian roh awak untuk mampatkan, jika Dou Qi itu gagal dimampatkan kepada puting beliung, awak akan jatuh balik ke 8 Duan Qi!" Jeritan Yao Lao sekali lagi kedengaran di dalam hati Xiao Yan.

Mengangguk kepalanya, Xiao Yan menumpukan perhatian kepada tugasnya. Dalam sekelip mata, pengertian roh cemerlang Xiao Yan mula mendapat kawalan Dou Qi-nya. Mampatan tangkas mula…..

Putih pekat Dou Qi itu mula menahan kawalan daripada pengertian roh, dan mula mengganas.

Walaupun penentangan itu bukanlah lemah, pengertian roh Xiao Yan juga mengejutkan Yao Lao. Oleh itu, penentangan Dou Qi itu hanyalah ibarat mentadak cuba menghalang satu kereta sebelum mengelak.

Apabila Dou Qi itu sudah dimampatkan kepada saiz tapak tangan, ia membeku dan berhenti bergerak.

"Mampatkan lagi!" Jerit Yao Lao.

Mengetap giginya, Xiao Yan menutup matanya dengan rapat. Pengertian rohnya yang sedang mengelilingi Dou Qi putih itu mula mencapai tahap maksima kuasa sebelum ditekan ke bawah dengan ganas!

"Bang!"

Satu bunyi ringan kedengaran di dalam badan Xiao Yan.

Mengikut kejadian ini, penentangan daripada Dou Qi akhirnya berhenti, hanya meninggalkan Xiao Yan yang keletihan.

Satu keluhan berat meninggalkan mulut Xiao Yan. Dia jatuh tidak bermaya ke tanah, dadanya menaik dan menurun dengan cepat disebabkan oleh keletihan.

Terbaring di atas tanah gua yang sejuk itu, Xiao Yan sekali lagi berasa penuh dengan tenaga yang dia tidak pernah rasa selama 4 tahun. Satu senyuman terukir di bibirnya, menjadi lebar dan lebar sehingga ia menjadi satu tawa, tawa penuh mesra, satu tawa raungan...