Gelombang demi gelombang bunyi angin meluru membelah langit di kejauhan. Sekumpulan besar bintik-bintik hitam kecil sedang muncul pantas sebelum akhirnya bertukar menjadi susuk-susuk badan manusia yang meluru lalu. Angin menekan yang dicipta daripada kelajuan tinggi menyebabkan banyak galur seakan parut muncul dalam lautan pokok di gunung-gunung di bawah. Tambahan pula, aura-aura yang dilepaskan daripada bilangan ramai pakar menyebabkan semua Raksasa-raksasa Bermagik di dalam banjaran gunung menggigil ketakutan. Beberapa Raksasa Bermagik pangkat tinggi tidak berani berkeliaran pada waktu ini. Memiliki satu kebijaksanaan, mereka jelas mengetahui aura besar ini cukup untuk memusnahkan seluruh banjaran gunung.
"Kita hampir sampai ke ibu pejabat Persekutuan Hitam, Bandar Feng. Semua, berwaspada!"
Satu suara uzur tiba-tiba berbunyi di tepi telinga semua orang sambil mereka terbang menerusi langit.