Bandar Feng, Wilayah Sudut Hitam.
Bandar Feng telah berubah begitu ketara sepanjang dua tahun yang singkat ini. Ini adalah kerana Han Feng telah menubuhkan Persekutuan Hitam dan ibu pejabatnya terletak di bandar ini, membuatkan bandar kecil itu menjadi masyhur di dalam Wilayah Sudut Hitam. Saiz Bandar Feng kini dan perniagaan-perniagaannya jauh lebih besar berbanding dua tahun lalu.
Satu rumah agam tersergam di sebuah kawasan besar di tengah-tengah bandar. Aura majestik hebatnya adalah sesuatu di mana tiada sebuah bangunan dalam bandar pun boleh atasi. Sudah tentu, sebagai tempat perhimpunan orang perkasa dalam Persekutuan Hitam untuk membincang isu-isu dan sebagai rumah Han Feng, kemungkinan besar tiada orang dalam bandar memiliki keberanian untuk menyinggungnya.
Terdapat agak ramai manusia sedang duduk di dalam dewan amat luas di rumah agam. Orang yang duduk di kerusi ketua tertinggi ialah Ketua Persekutuan Hitam kini, Maharaja Ubat Han Feng!