Wu Hao mengangguk kepala. Dia mengeluarkan sekeping skrol peta daripada cincin simpanan dan membukanya. Dia menggunakan jari untuk menuding pada satu kawasan tertentu dan berkata, "Berdasarkan maklumat risikan kita, beberapa kaum besar Persekutuan Hitam sedang menghala ke tempat ini. Saya rasa abang ngah awak di situ. Mengikut kelajuan kita, kita patut boleh sampai pada esok pagi."
Xiao Yan mengangguk kepala ringan. Dia menenangkan hatinya yang agak cemas itu dan duduk bersila atas burung griffin sebelum menutup mata untuk berehat.
Kumpulan Xiao Yan mengelakkan keletihan berjalan di atas tanah dan juga banyak masalah dalam Wilayah Sudut Hitam disebabkan mempunyai burung-burung griffin, seekor raksasa yang mahir dalam perjalanan udara jarak panjang. Oleh itu, dalam satu malam, mereka sudah menghampiri destinasi mereka. Jika mereka berjalan, mustahil untuk mereka sampai ke tempat ini dalam empat hingga lima hari walaupun jika semua lancar di sepanjang jalan.