Pusingan kedua pertandingan ini mempunyai satu keterujaan yang jauh melepasi pertarungan-pertarungan penyingkiran di hari pertama. Kebanyakan yang sampai ke tahap ini mempunyai kekuatan begitu hebat. Bagaimanapun, mereka mesti berusaha sedaya upaya jika mereka ingin memperoleh kemenangan walaupun dengan kekuatan sebegitu. Beberapa di antara mereka akan berlawan sehingga kedua-dua peserta tercedera parah sebelum salah seorang bernasib baik untuk memperoleh kemenangan tipis.
Peserta-peserta muncul satu demi satu di stadium mengikut perkembangan pusingan kedua pertandingan ini. Selepas penghujung setiap pertarungan bengis, terdapat seorang yang bergembira manakala seorang lagi akan bersedih.