Gadis kecil yang memakai pakaian putih berdiri di laluan masuk bilik latihan sambil bersandar di dinding. Dia merenung sekilas pandang kepada semua orang di kawasan rehat. Walaupun dia kelihatan seperti tidak mempunyai ancaman kepada manusia atau haiwan, keganasan yang terkandung dalam anak matanya membuatkan orang-orang memandangnya berasa peluh dingin memercik di belakang tubuh mereka.
"Ke ke, rupa-rupanya Senior Zi Yan." Air muka Liu Qing juga berubah sedikit sewaktu gadis kecil itu muncul. Dia kelihatan lebih baik berbanding orang lain kerana dia berkata dengan senyuman ke arah Zi Yan. Bagaimanapun, gelaran yang digunakannya membawa satu perasaan pelik. Cuba fikir, seorang lelaki yang kelihatan besar seperti seekor mawas sedang bercakap dengan seorang gadis kecil yang hanya separas pinggangnya dengan penuh hormat dan ketakutan. Semua orang tidak akan berfikir ini satu situasi biasa.