Dengan bantuan 'Ular Penelan Syurga' yang menghalang beruk itu, Xiao Yan berjaya menyusup ke dalam lembah gunung. Apabila terdengar letupan yang berbunyi seperti guruh di luar itu, tubuhnya terhenti seketika. Dia memalingkan kepalanya dan memerhati, hanya untuk melihat langit yang hampir diselubungi dengan kilauan tujuh warna. 'Ular Penelan Syurga' yang besar samar-samar kelihatan di dalam kilauan, melepaskan tekanan yang amat hebat. Di bawah tekanan itu, satu lagi udara dingin putih-salju yang kuat menyelaputi separuh lagi langit. Angin yang sedingin ais itu menyebabkan Xiao Yan, di dalam lembah itu menggigil secara tiba-tiba.
"Bertenang. Walaupun 'Ular Penelan Syurga' mungkin mempunyai kesukaran jika ia ingin membunuh 'Beruk Langit Iblis Salji' namun, pasti tiada masalah jika ia hanya ingin melengahkannya. Kini, awak patut pergi mencari 'Susu Melegakan Teras Badan'." Yao Lao kelihatan mengetahui kebimbangan di dalam hati Xiao Yan lalu menenangkannya.