Kemunculan tiba-tiba Sayap Dou Qi di belakang Lin Xiuya bukan sahaja menyebabkan Xiao Yan terkejut. Malah Yan Hao dan mereka yang mengenalinya juga terpegun. Beberapa ketika kemudian barulah mereka tenang kembali. Mereka bertukar pandangan dan riak kesungguhan terpancar di mata mereka.
Walaupun Yan Hao hanya menyentuh sedikit rintangan tahap Dou Wang, sentuhan kecil itu menyebabkan dia lebih kuat daripada seorang perkasa biasa di puncak tahap Dou Ling. Masih ada jurang besar jika dia ingin mencapai tahap di mana dia boleh bergantung sepenuhnya pada kekuatan sendiri untuk mengumpulkan Sayap Dou Qi seperti Lin Xiuya. Melihatkan ini, sesiapa pun boleh nampak Lin Xiuya sekali lagi telah mengatasinya.