Beberapa perbualan peribadi berbunyi dalam stadium selepas Han Xian menghabiskan penapisannya.
"Adakan lelaki itu berjaya menapis pil?" Wu Hao agak arif dalam pertempuran tetapi dia tidak pandai dengan penapisan pil. Apabila dia ternampak Han Xian berjalan dari meja batu dan menyerahkan pil ubatan di tangannya kepada Tokoh Hao, keningnya berkerut.
"Saya rasa tidak. Khabar angin mengatakan apabila pil ubatan peringkat lima terbentuk, satu fenomena yang luar biasa akan berlaku. Walau bagaimanapun, selain daripada bau wangi ubatan yang biasa tadi, tiada fenomena luar biasa yang berlaku. Tambahan pula, air muka Tokoh Hao tidak kelihatan seperti seseorang yang melihat sebiji pil ubatan peringkat lima." Xun Er berfikir seketika sebelum menggeleng kepalanya sambil berkata lembut.