Sepasang penumbuk itu masing-masing mengandungi Dou Qi yang kuat. Seketika kemudian, penumbuk-penumbuk itu berlanggaran dan satu gelombang daya tersebar keluar. Ke mana sahaja gelombang ini menyeberang, gelombang ini umpama satu ombak yang menerpa keluar dengan kuat. Pada waktu itu, semua daun-daun layu di atas tahan di sekeliling mereka naik dan terbang ke serata tempat.
"Glug!"
Ketika dua penumbuk itu bersentuhan, pemuda berpakaian biru itu akhirnya terasa betapa dahsyatnya kekuatan yang terkandung dalam penumbuk Xiao Yan. Pada waktu penumbuk mereka bersentuhan, perasaan kaku mula tersebar dari tangan ke lengannya. Akhirnya, daya tersembunyi yang menyebabkan air muka orang untuk berubah dengan drastik telah bergerak sepanjang titik persentuhan antara penumbuk dan berpindah ke dalam badan pemuda berpakaian biru itu. Akhirnya, dia telah memuntahkan darah berwarna merah muda.