Apabila ketulan tenaga yang lut sinar itu dilancarkan, bunyi nyaring itu menjadi gelombang berbentuk dan mula tersebar ke semua arah dengan ketulan tenaga menjadi sebagai pusat gempa.
Bai Shan terkejut dengan gangguan yang muncul secara tiba-tiba. Mereka segera faham sesuatu. Mereka semua mempunyai ekspresi yang berbeza ketika melihat kelibat hitam Xiao Yan yang menerpa dengan ganas.
Xiao Yan bergerak dengan kepantasan dia yang maksimum sambil dilihat oleh beberapa orang di dalam bilik dan muncul di depan ketulan tenaga lut sinar dalam masa berkelip dua kali sahaja. Tangan dia membentuk cangkuk umpama cakar helang sambil mengambil ketulan tenaga dengan kepantasan umpama kilat.
Ketulan tenaga yang pada asalnya meluru ke depan itu tiba-tiba berhenti seperti dapat mengesan tindakan Xiao Yan. Ia bergegar sedikit dan mula berundur untuk mengelak Xiao Yan.