Wu Hao dan Hu Jia melambaikan tangan apabila mereka bertiga berjaya mencapai kata putus. Kedua-dua mereka membawa baki empat pesaing sambil berjalan ke arah Xiao Yan dan Xun Era berada.
Perasaan dingin terpapar di mata Bai Shan apabila melihat dua orang itu bertindak. Dia pusing ke belakang dan menatap tajam Xiao Yang yang matanya sedang tertutup itu. Selepas itu dia merenung dengan penuh nafsu kepada gadis muda yang berdiri dengan penuh anggun di depan Xiao Yang. Dia menggenggam penumbuk dengan kuat dan berkata dengan perlahan, "Kau akan jadi milik aku!"
Bai Shan mencengkam hulu lembingnya dan terus mara ke arah Xiao Yan dan Xun Er itu.