Penumbuk itu diselubungi dengan api berwarna hijau. Bai Shan dapat rasakan kesakitan terbakar yang dia tidak dapat tahan di kulitnya walaupun penumbuk itu belum terkena kulitnya lagi. Dia mengetap gigi untuk menahan kesakitan itu. Cahaya perak keluar semula dan muncul di kakinya dia. Badan dia bergerak dan dengan laju berundur beberapa meter ke belakang.
Walaupun begitu kelibat hijau melintas laju sekali lagi di depan dia sehingga dia tiada masa untuk mengangkat lembingnya untuk menyerang ketika dia baru sahaja berundur dari jarak serangan Xiao Yan itu. Muka Xiao yang bersahaja itu sekali lagi muncul di depan Bai Shan. Kedua-dua penumbuk Bai Shan dilancarkan dengan menggila sehingga membentuk lebih dari sepuluh bayangan untuk menghentam dengan kejam pada badan Bai Shan. Setiap serangan itu terkena pada badan Bai Shan. Bunyi penumbuk yang terkena badan bergema beberapa kali di dalam arena buat masa seketika.
"Bangsat!"