Xiao Yang menarik balik renungan daripada Bai Shan yang sedang duduk bertentangan gelanggang. Renungannya kemudian beralih ke sekeliling stadium sekali lagi. Terdapat beberapa tempat duduk bagus dengan pemandangan terbaik di bahagian galeri menonton. Duduk di tempat itu hanya empat orang lelaki uzur berambut putih. Walaupun aura keempat-empat orang ini tidak berbeza daripada lelaki uzur yang biasa, renungan Xiao Yan mendarat pada badan mereka dahulu. Orang lain mungkin tidak dapat mengesan apa-apa, tetapi Pengertian Roh-nya yang luar biasa mampu mengesan satu getaran dalam ruang yang kadang-kala muncul dari sekeliling empat orang tua ini. Getaran dalam ruang sebegini hanya tercipta apabila kekuatan Dou Qi dalam badan seseorang mencapai had tertentu yang membolehkan Dou Qi untuk bergema dalam ruang di dunia luaran.