Badannya berada dalam relau. Ini adalah satu-satunya benda yang dirasai oleh Xiao Yan sekarang.
Perasaan berapi ini tiba-tiba tercetus daripada perut Xiao Yan selepas menelan pil ubatan itu. Pil itu bertukar menjadi banyak aliran haba yang memaksa masuk ke dalam setiap urat-urat badan Xiao Yan dengan ganas. Suhu tinggi itu akhirnya menyebabkan gas berat dan pudar untuk menjelma dalam Laluan Qinya.
Aliran suhu tinggi itu menjadi semakin panas dengan beransur-ansur dan peningkatan dalam kelajuan pengedaran itu menyebabkan sudut mulut Xiao Yan untuk tersentap dengan lembut selepas setiap kitaran. Apa yang dikatakan oleh Yao Lao adalah benar. Api yang diletak ke dalam pil itu telah menyebabkannya untuk menderita.