Kuasa majestik itu seperti naga besar yang dibangunkan telah menutup seluruh Gunung Awan Berkabus. Satu tekanan besar yang Xiao Yan tidak pernah terasa sebelum ini tersebar keluar dari dalaman Gunung Awan Berkabus. Akhirnya, kuasa ini meresap ke seluruh medan. Pada waktu itu, semua anak murid Kaum Awan Berkabus tidak dapat menahan diri daripada sanjungan yang mereka terasa dalam hati lalu mereka melutut ke arah di mana kuasa itu datang. Walaupun Yun Leng dan beberapa tokoh-tokoh Kaum Awan Berkabus tidak melutut dalam kehormatan, mereka masih menunduk dengan hormat.
"Kehadiran ini." Mata cantik Nalan Yanran merenung ke arah bahagian dalaman Kaum Awan Berkabus. Satu kejutan juga muncul di mukanya yang cantik. Dia tidak jangka perkara hari ini akan menganggu cikgunya yang agung dia mana dia telah tinggal berasingan untuk masa yang panjang.