Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 34 - Berpatah Balik

Chapter 34 - Berpatah Balik

Melihat pemuda yang berpakaian hitam itu meletak tangannya di belakang, seluruh padang menjadi sunyi sekali lagi.

Di atas platform tinggi, senyuman Xiao Zhan menjadi lebar dan akhirnya, dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa kuat..

Mendengar ketawa riang daripada Xiao Zhan, ketiga-tiga tokoh tertinggi memandang di antara satu sama lain dan mengeluh. Akan tetapi, mereka tidak berani berbuat apa-apa terhadap Xiao Yan. Kemampuan yang dipamerkan oleh Xiao Yan telah membuktikan mereka telah kalah. 4 Duan Qi dalam 1 tahun boleh menyebabkan seseorang itu terkejut, anak dan cucu mereka, tidak mungkin boleh mencapai kelajuan sebegini.

Dengan hati yang riang, Xiao Zhan menepuk tangannya sambil mengumumkan, "Xiao Ke sudah kalah. Saya harap awak akan terus untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh!"

Di padang latihan itu, Xiao Ke yang kelihatan pucat mendengar pengumuman itu dan menundukkan kepalanya dengan kekecewaan. Melihat balik pemuda berpakaian hitam itu, dia teringat kembali bagaimana dia pernah mencaci dia, dan memanggil dia seorang "si cacat" setahun yang lalu. Satu tahun kemudian, "si cacat" yang sudah menjadi lebih dekat dengan puncak kejayaan puaknya dan Xiao Ke menjadi lebih jauh daripadanya. Perbezaan ketara ini menyebabkan Xiao Ke mengingat kembali kata-kata yang pernah didengar olehnya di dalam dewan beberapa bulan yang lepas. "Tiga puluh tahun timur, tiga puluh tahun barat. Kau jangan buli aku kerana aku tidak berupaya sekarang!"

Menggeleng kepalanya dengan senyuman kelat, Xiao Ke berdiri dengan sedikit kesusahan. Memberi satu "kowtow" kepada Xiao Yan, suara Xiao Ke sudah hilang nada kesombongan, tak seperti dahulu. "Adik Xiao Yan, awak menang. Tahniah di atas pencapaian awak!"

Mengangguk, renungan Xiao Yan beralih dengan perlahan ke seluruh padang latihan dan sesiapa yang ternampak anak mata hitamnya terus memandang ke arah lain dengan gelisah dan tidak selesa.

Renungan dia terhenti di Xiao Mei yang sedang memandangnya, Xiao Yan mengalihkan mukanya ke ahli puaknya yang tidak lulus ujian tersebut dan bertanya dengan satu senyuman, "Adakah sesiapa lagi yang ingin mencabar aku?"

Melihat Xiao Yan, ahli puaknya yang sebelum ini tidak sabar untuk mencabar Xiao Yan dan memandang ke langit seperti kata-kata Xiao Yan tidak ada kena-mengena dengan mereka. Tidak ada seseorang yang berani untuk menjadi pencabar nombor 2.

Melihat mereka yang berlagak keanak-anakan, Xiao Yan mengangkat bahunya sedikit sebagai tanda tidak peduli dan berjalan balik ke tempat dudukmya.

Melihat Xiao Yan duduk di sebelahnya, Xun Er tersenyum sambil meneliti situasi di padang tersebut. Mengambil sehelai rambut dan memutarnya, dia berbisik, "Abang Xiao Yan, 3 tahun yang lalu, mereka melihat awak seperti ini…"

"3 tahun yang lalu, saya akan berasa bangga dengan pandangan hormat mereka tetapi hari ini… saya tidak mempunyai sebarang perasaan." Xiao Yan menyentuh hidungnya dan ketawa.

"Jadi Abang Xiao Yan sudah matang!" Xun Er mengelip matanya dengan cara bersenda gurau.

"Tak sematang awak. Ada kala saya rasa awak ada seekor raksasa seribu tahun sedang bersembunyi di dalam awak!" Dipanggil sebagai lelaki matang oleh seorang perempuan, Xiao Yan tidak dapat menahan dirinya dari ketawa. Menggosok kepala Xun Er dengan intim, dia memberinya satu senyuman mesra.

Mendengar itu, Xun Er memandang Xiao Yan dengan geram dan wajahnya yang ayu seolah-olah ingin menegurnya. Tidak kiralah sebebas mana si gadis itu, tiada siapa pun yang mahu digelar raksasa tua.

Air muka Xun Er yang ayu itu telah menarik perhatian pemuda-pemuda di sekelilingnya dan juga sesetengah perempuan!

"Budak jahanam, terlalu angkuh…" Xiao Ning, seperti yang lain, juga tertarik dengan air muka Xun Er yang ayu tetapi melihat perbualan rapat di antara Xun Er dan Xiao Yan, api cemburu membakar di dalamnya. Perasaan cemburu telah menyelubungi kewarasannya. Dia fikir hanya dia seorang yang secocok dengan Xun Er di dalam puaknya tetapi berfikir balik, dia sedar tidak kira apa yang dibuat olehnya, Xun Er jarang tersenyum. Sebaliknya, Xiao Yan yang dikenali sebagai "si cacat", sentiasa boleh membuat Xun Er ketawa. Perbezaan di antara mereka berdua telah membuat Xiao Ning mengetap giginya dengan kemarahan.

"Budak jahanam, aku akan beri kau peluang untuk berlagak sekarang tetapi pada Upacara Kedewasaan yang akan datang, aku akan buat kau mencari gigi kau yang dah terjatuh di depan Xun Er!" Mengenggam penumbuknya, Xiao Ning memberi renungan dingin kepada Xiao Yan yang duduk bersilang itu.

Sungguhpun Xiao Ning terkejut dengan kelajuan latihan Xiao Yan, dia tetap berlagak sombong terhadap Xiao Yan. Tambahan pula, Xiao Ning, seorang lelaki dari seluruh puak yang secocok dengan Xun Er, kini tergugat apabila Xiao Yan menunjukkan pencapaian yang begitu hebat.

'Sebelum dia menjadi kuat, saya akan memberinya satu hentaman kejam. Senario yang paling baik ialah hentaman itu akan meninggalkan parut dan patahkan semangatnya untuk berlatih lagi!'

Sambil memikirkan fikiran jahatnya, sudut mulut Xiao Ning melengkung menjadi satu senyuman. Sungguhpun Xiao Yan berada di 7 Duan Qi, Xiao Ning masih yakin dengan 8 Duan Qi-nya. Lagipun, setiap Duan Qi selepas 7 Duan Qi mempunyai satu perbezaan ketara di antara mereka!

Berborak dengan suara yang rendah dengan Xun Er, renungan Xiao Yan tertangkap senyuman di muka Xiao Ning yang berada di tepi padang latihan. Berfikir untuk seketika, Xiao Yan menyedari senyuman itu untuk siapa dan tersenyum sendirian sambil berfikir, 'Seseorang yang tidak mampu menyembunyikan emosinya bukanlah satu cabaran.'

…..

Selepas kekalahan Xiao Ke, tidak ada sesiapa yang berani mencabar Xiao Yan yang sedang duduk dan ahli puaknya mula mencari lawan yang lain. Tetapi selepas beberapa pusingan, hanya dua orang, bergantung kepada nasib dan Teknik Dou yang fasih, mampu mengalahkan lawan mereka dan lulus untuk Upacara Kedewasaan yang akan datang.

Melihat keadaan tenang di padang latihan, Xiao Zhan yang tersenyum itu berdiri dan mengumumkan keputusan dengan beberapa pengumuman untuk Upacara Kedewasaan bulan depan.

Berdiri dengan perlahan, Xiao Yan tersenyum dengan Xiao Zhan yang gembira itu. Xiao Zhan tidak kedekut lalu memberi anaknya yang lulus itu satu ibu jari yang besar sebagai tanda kemenangan.

Menepuk habuk daripada pakaiannya, Xiao Yan terhidu minyak wangi.

Mengerut dahinya, Xiao Yan mengangkat kepalanya untuk melihat Xiao Mei yang sedang berdiri di depannya dan berkata, "Kau perlukan sesuatu?"

Mendengar suara dingin Xiao Yan dengan wajah membatu, keberanian Xiao Mei tiba-tiba hilang lalu memaksa satu senyuman dan berkata, "Abang Xiao Yan, tahniah."

"Terima kasih." Mengangguk, Xiao Yan merenung Xun Er yang berada di sebelahnya.

"Abang Xiao Yan, ayah saya sendiri akan mengajar Teknik Dou Tahap Huang Tinggi di Dewan Teknik Dou esok. Awak nak datang bersama saya?" Senyuman Xiao Mei dan gabungan daya tarikan Xiao Mei dan kehalusannya mencipta satu soalan yang tidak dapat ditolak.

Mendengar itu, kening Xiao Yan terangkat sedikit.

Sebelum Xiao Yan mampu memberi satu alasan untuk menolak Xiao Mei, satu lengan pucat menyelit masuk dan mengunci lengan Xiao yan.

Terkejut, Xiao Yan berpusing kepalanya dan ternampak Xun Er yang sedang tersenyum.

"Maaf sangat Xiao Mei, Xun Er sudah mengundang Abang Xiao Yan untuk menemani saya mengunjung Bandar Wu Tan esok, jadi dia tidak dapat pergi dengan Xiao Mei ke Dewan Teknik Dou." Dalam renungan kebingungan, Xun Er memegang erat lengan Xiao Yan sambil menunjukkan satu kiasan air muka memohon maaf di wajahnya yang ayu itu.