"Adakah awak sengaja berkelakuan intim dengan saya untuk membuatkan saya menjadi perisai untuk menghalang lelaki itu?" Xiao Yan tiba-tiba berkata dengan senyuman lemah sambil dia dan Ya Fei berhenti berdekatan pintu masuk ke dalam dewan.
"Maafkan saya…" Muka cantik Ya Fei menjadi merah terang sambil meminta maaf selepas niatnya telah didedahkan oleh Xiao Yan. "Saya sudah ketakutan dengan gangguannya. Dia tidak akan menyerah kalah apabila dia dipukul, dia tidak akan mendengar apabila saya menegur, jadi saya hanya ada satu cara ini sahaja…"
"Awak… awak tak marah, kan?" Ya Fei memandang Xiao Yan dan bertanya dengan lembut. Walaupun lakonan itu telah membantu Ya Fei untuk melepaskan diri, hal ini telah mengakibatkan Xiao Yan yang tidak bersalah itu untuk dibenci oleh Mu Zhan tanpa sebab.
"Walau apapun, ini bukan kali pertama saya mengalami benda sebegini…" Xiao Yan tersenyum kelat dan menggeleng kepala.