Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 257 - Wanita Misteri Berpakaian Hijau

Chapter 257 - Wanita Misteri Berpakaian Hijau

Orang berjubah hitam itu merenung dengan tidak acuh pada ais berwarna putih yang sedang mencair. Dia menaikkan kepala dengan perlahan dan renungannya melepasi topeng kain muka yang berwarna hitam dan memerhatikan dewan yang sunyi-sepi itu.

Walaupun penglihatannya telah ditutup dengan topeng kain muka, air muka orang akan berubah dan akan takut apabila dipandang olehnya. Semua orang akan mengalihkan pandangan apabila direnung orang berjubah hitam itu kerana takut dengannya. Mereka tidak berani langsung memandang orang berjubah hitam itu.

Nalan Yanran menggenggam tangannya dengan ketat. Muka cantiknya menjadi pucat sedikit sambil dia merenung ais yang sedang mencair di atas permaidani dengan perlahan-lahan. Badannya yang ayu itu menggigil. Tokoh Pertama Puak Mo yang sedang merancang pelan agungnya sejam yang lalu, sekarang sudah mati di depannya tanpa meninggalkan habuk. Perbezaan besar ini betul-betul menyebabkan orang sukar untuk percaya apa yang telah terjadi.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS