Mata Xiao Yan memandang wanita berjubah bulan itu dengan penuh minat. Wanita itu sedang ketawa manis dan lembut di depan pintu utama. Muka Xiao Yan yang diselubungi bayang-bayang gelap tiba-tiba bertukar dari senyuman kepada kegelapan. Walaupun 3 tahun sudah berlalu dan mereka berdua telah melalui perubahan yang banyak, dia masih boleh melihat bayang-bayang kemanjaan Nalan Yanran di dalam wanita itu!