Atmosfera di dalam dewan itu tiba-tiba menjadi sunyi selepas ahli-ahli Puak Mo di dalam dewan itu dibakar menjadi kekosongan.
Lou Bu duduk atas kerusi dengan peluh dingin mengalir turun dari dahinya. Dia tidak berani membuat sebarang pergerakan. Dia merenung sepintas lalu muka muram pemuda berpakaian hitam itu dan badannya sekali lagi diselubungi kedinginan.
Badan lelaki dari Puak Mo yang masih hidup sedang berdiri dengan badan tegang. Mukanya menjadi pucat pada waktu ini. Mulutnya menggigil dan matanya penuh ketakutan. Jika api berwarna putih itu telah beralih sedikit tadi, dia pasti akan hilang dimuka bumi.
"Awak, awak berani memprovokasikan Puak Mo!" Lelaki itu menjerit dengan berani walaupun dia terasa lemah di dalam.
"Bukan sahaja memprovokasikan, malah saya akan menghapuskan Puak Mo yang tidak berguna itu!" Xiao Yan ketawa dingin.