Yao Lao tersenyum kecil apabila dia melihat Xiao Yan yang teruja itu telah 'lupa diri' di dalam gua. Dia tidak membuka mulut untuk menghentikannya. Selepas mengharungi pahit getir selama beberapa tahun, Xiao Yan akhirnya memperolehi benda yang diingininya hari ini. Jadi, Yao Lao tidak kisah untuk memberinya satu waktu untuk menunjukkan kegembiraannya.
Ketawa nyaring itu berterusan untuk masa yang panjang di dalam gua gunung.
Xiao Yan menurunkan kepala sambil tersenyum apabila memandang api berwarna hijau yang sedang menggeliat perlahan-lahan dengan berulang kali di tapak tangannya. Api ini sekarang tidak menyebabkan Xiao Yan terasa sakit atau terasa panas disebabkan penapisan sempurna 'Api Teras Teratai Hijau' itu. Tambahan lagi, asalkan dia melakukan latihan yang panjang dengan api itu, Xiao Yan percaya dia akan mencapai tahap Yao Lao dalam mengawal 'Api Kedinginan Tulang' dengan sempurna.