Xiao Yan kembali bertenang selepas dia memulihkan badannya ke keadaan kemuncak. Dia menaikkan kepala dan merenung bulan sabit di langit untuk masa yang panjang. Kemudian, dia ketawa ringan, membawa Kerusi Teratai Hijau di tangannya dan berdiri.
"Mari cari tempat yang lebih selamat dahulu." Yao Lao berkata lembut.
"Haha, baiklah." Xiao Yan tersenyum dan mengangguk kepala. Dia memerhatikan kawasan di sekelilingnya. Inilah satu-satunya gunung di hujung gurun. Saiz gunung ini tidak begitu kecil kerana ia mampu menutup kawasan gurun dari luar .
Beberapa bunyi raungan serigala dan ngauman harimau kedengaran dalam gunung ini. Bunyi ini seperti sedang mengumumkan kepada semua orang kawasan ini sudah mempunyai pemiliknya.