Orang berapi itu berterbangan di langit dan berhenti untuk di seketika. Api putih tebal di badannya menghilang dengan beransur-ansur. Selepas api itu habis dipadamkan, satu muka ayu dan kacak seorang pemuda didedahkan.
Mata hitam pemuda itu mengelip lembut sambil menyenget kepalanya ke belakang. Matanya yang penuh pengalaman itu telah menghilang dan satu kelicikan dan daya hidup seorang pemuda menggantikannya.
"Cikgu, tadi… apa terjadi?" Xiao Yan memintal lehernya dengan lembut, mengerut kening dan bertanya dengan lembut. Pertanyaan dia berkaitan kenapa serangan Yao Lao tadi berkecai dengan tiba-tiba.
"Awak tanya benda di dalam lengan awak…" Yao Lao menjawab dengan tidak bermaya, "Jika bukan disebabkan oleh 'Api Kedinginan Tulang' telah mengasingkan Qi-nya, saya takut Yun Zhi dan Orang Ular tadi sudah mengesan Qi Ratu Medusa…"