Xiao Yan memerhatikan pertarungan dengan air muka terkejut. Sisa-sisa gelombang yang ditinggalkan dari pertarungan itu menyebabkan hati Xiao Yan untuk menggeletar. Jika dia tidak berwaspada dan dipukul oleh gelombang-gelombang ini, dia akan tercedera teruk.
"Adakah ini cara pertarungan di antara Dou Wang?" Xiao Yan tidak dapat menahan diri daripada menelan air liur sambil merenung kosong pada retakan-retakan yang tersebar dari tempat pertarungan itu sedang berlaku.
"Bang!" Satu letupan tenaga tiba-tiba berbunyi dan pasir kuning dilontar ke atas dan mengisi langit. Seketika kemudian, pasir kuning itu mula menghujani tempat itu. Tiga bayang-bayang juga ditembak ke belakang dari medan pertempuran.
Tiga pasang mata saling memandang antara satu sama lain di udara. Semua mempunyai niat membunuh yang mereka tidak segan untuk menonjolkan.