Satu ketakutan meresap ke dalam air muka Yue Mei selepas melihat kemunculan 6 orang yang melompat dari tubuh Raksasa Bermagik. Renungan kerisauan dia meneliti pada orang berjubah hitam dan tidak mempedulikan Xiao Yan. Badan dia berundur beberapa meter ke belakang sambil memandang dingin kumpulan itu. Dia bertanya dalam tawa dingin, "Angin apa telah meniup ke gurun malam ini? Sejak bila pertapa yang jarang dijumpai, suka membina kumpulan sendiri?"
"Haha, tidak sangka kami akan bertemu dengan seorang bertahap Dou Wang selepas memasuki ke dalam gurun luas ini. Awak mesti adalah salah satu ketua daripada 8 puak besar Orang Ular, kan?" Seorang lelaki pertengahan umur melangkah ke depan dan ketawa sambil merenung Yue Mei di kejauhan.