Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 189 - Meninjau Kawasan

Chapter 189 - Meninjau Kawasan

Di gurun yang luas itu, pasir kuning sedang berbolak-balik.

"Qing Lin, awak pasti ia berada di sini?" kata Xiao Yan sambil melihat padang jarak padang tekukur. Kawasan ini tiada apa-apa yang menarik langsung. Ia sukar untuk Xiao Yan membayangkan ada jejak 'Api Kesyurgaan' di kawasan ini.

Xiao Ding dan Xiao Li berada di belakang Xiao Yan. Pada masa yang sama, terdapat lebih 10 ahli-ahli elit Syarikat Askar Upahan Keluli Gurun. Mereka juga berasa curiga dengan Qing Lin. Tempat ini sangat biasa bagi penghuni-penghuni gurun ini. Tambahan lagi, beberapa orang daripada mereka telah datang beberapa kali untuk melakukan tugas mereka. Mereka tidak pernah terasa sesuatu yang ganjil di tempat ini.

Qing Lin berasa sangat malu apabila diperhatikan semua orang. Dia kemudian mendapatkan keberaniannya, merenung pada Xiao Yan dan berkata, "Tuan Muda, inilah tempat yang berlaku kejadian luar biasa itu pada setengah tahun yang lalu."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS