Pasir berwarna emas merupakan melodi utama di dalam gurun luas ini. Angin kencang membawa pasir, menyelaputi ruang di antara darat dan langit sambil meraung tidak henti-henti.
Di satu bukit pasir, Xiao Yan sedang berbogel separuh badan, mengerut dahi sambil melihat peta di tangannya. Sudah lebih daripada 10 hari dia memasuki ke Gurun Tager. Selepas berjalan lebih daripada 10 hari Xiao Yan akhirnya sampai ke kawasan bertanda simbol api pada peta itu. Walau bagaimanapun, sejak dia memasuki ke kawasan ini semalam, dia tidak dapat mencari jejak 'Api Kesyurgaan' meskipun mencari sepanjang hari.
"Kenapa tidak ada benda di sini? Jangan kata kita sudah ditipu oleh orang tua itu?" Xiao Yan mengerut dan berkata sambil menghayun-hayun peta kulit kambing di tangan dan menaikkan kepala untuk berdepan dengan Yao Lao yang sedang terapung di pertengahan udara.