Di dalam gurun yang luas, satu ribut pasir sedang mengganas. Seorang pemuda yang memakai jubah panjang ahli alkimia sedang maju melalui ribut pasir tersebut dengan perlahan. Jejak tapak kaki yang terbentuk pada pasir kuning di belakangnya ditutupi dengan ribut pasir dalam sekelip mata, menanamkan semua jejak laluannya.
Persekitaran di dalam Gurun Tager lebih sukar daripada sangkaan Xiao Yan. Di bawah pancaran cahaya matahari terik, pasir kuning di bawah kakinya sangat panas, seperti butir-butir besi logam yang kecil, menyebabkan Xiao Yan untuk mengetap bibir dengan tidak suka rela setiap kali kakinya memijak tanah.
Semasa Xiao Yan sedang berjalan, angin yang meniup ke arah mukanya membawa pasir halus yang sering memukul mukanya menyebabkan Xiao Yan terasa sensasi yang seakan disengat. Kesakitan itu menyebabkan Xiao Yan sentiasa mengedarkan Dou Qinya, membentuk satu pelindung muka Dou Qi untuk mengelak kemungkinan ribut pasir itu mencacatkan mukanya.