Memandang lelaki tua di depannya yang sedang diselaputi dalam lapisan ais putih yang misteri yang bersifatkan syaitan itu, Xiao Yan menghembus nafas lega. Dia melambai tangan tanda meminta maaf pada lelaki tua sebelum berpusing ke belakang dan beredar.
"Budak, saya telah memandang rendah terhadap kamu." Semasa Xiao Yan memusingkan badannya, suara lelaki tua yang keletihan itu dilepaskan daripada lapisan ais tersebut.
Menghentikan langkahnya, Xiao Yan memalingkan kepala dan memandang lelaki tua di dalam lapisan ais yang sedang membuka matanya dengan perlahan. Walau bagaimanapun, Xiao Yan tidak terasa panik dalam hati. Hal ini kerana dia tahu betapa banyak kekuatan yang lelaki tua itu ada sekarang, mustahil untuknya dapat keluar dari rintangan yang telah diletakkan oleh Yao Lao.
Mengeluh, Xiao Yan ketawa kelat, "Tuan, saya sudah cakap saya tidak mempunyai niat untuk menjadi musuh awak. Cuma benda ini sangat penting untuk saya, oleh ituโฆ"