Xiao Yan meluangkan masa perjalanan penerbangan selama tiga hari di atas burung berterbangan itu berada di dalam biliknya sahaja. Walaupun terdapat dua perhentian untuk berehat, dia tidak melangkah keluar. Sebaliknya, dia terus berada dalam bilik, menyerap semua langkah-langkah yang diambil oleh Yao Lao semasa menapis pil ubatan ke dalam mindanya.
Kali ini, Yao Lao mengambil dua dan setengah hari untuk menapis ubat. Keputusan ini hanya boleh dicapai di bawah prasyarat Yao Lao mempunyai bantuan 'Api Kesyurgaan'. Ini bermaksud, jika seorang ahli alkimia biasa berniat untuk menapis 'Pil Teratai Berdarah' dengan jaya, mustahil mereka dapat menghabiskan dalam masa tidak kurang dari 10 hari.