Selepas berjalan keluar dari Persatuan Ahli Alkimia, Xiao Yan memandang sepintas lalu sebelum menghala ke arah tengah-tengah bandar di mana terletaknya Syarikat Pengangkutan Penerbangan.
Selepas melalui beberapa jalan yang tidak dikenali dan bertanya arah di sepanjang jalan selama 10 minit, Xiao Yan akhirnya terjumpa Syarikat Pengangkutan Penerbangan yang terletak di tengah-tengah ruang terbuka.
Terdapat lebih daripada sepuluh raksasa burung besar bertempat di medan besar itu. Raksasa burung jenis ini adalah dikenali sebagai Burung Berkepak Tebal. Mereka bukan jenis kategori Raksasa Bermagik dan hanyalah seekor burung biasa. Mereka mempunyai jiwa yang lembut dan senang dilatih oleh manusia. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh bilangan mereka yang sedikit, biasanya ia memerlukan kekuatan sebuah empayar untuk mencipta jenis Armada Pengangkutan Terbang ini.