Merenung penuh minat pada kotak jed putih di depan dia, keterujaan muncul di muka Xiao Yan. Tangan dia menggigil semasa dia menghulur tangannya ke depan, berniat untuk memegang kotak jed kecil itu.
Melihat tindakan Xiao Yan, satu pandangan mengejek muncul dalam mata keruh Gu Te yang sedang duduk bertentangannya.
Apabila Xiao Yan ingin menyentuh botol jed kecil, jantungnya berdegup kencang. Dia terasa satu kedinginan yang menikam tulangnya di bahagian jari yang menyentuh botol itu. Dalam sekelip mata, tapak tangannya diselaputi oleh lapisan ais halus. Tambahan lagi, ais itu mula tersebar ke lengan Xiao Yan.
Perubahan tiba-tiba ini menyebabkan air muka Xiao Yan berubah sedikit. Satu idea melanda dalam minda Xiao Yan dan beberapa benang Dou Qi berwarna ungu dalam badannya melalui beberapa Laluan Qi dan akhirnya mengalir ke dalam lengannya. Segera, api berwarna ungu lemah itu mula menaik dari lengan Xiao Yan dan bertemu dengan ais dingin itu sebelum mula mencair.