Di muka pintu, terdapat seorang yang tinggi dengan mata lutsinar seperti musim bunga dingin di atas gunung bersalji, satu muka ayu, dan bulu kening yang panjang. Badannya menyarung pakaian berwarna perak yang ketat. Pakaian berwarna perak dan kulit dia umpama jed itu sangat serasi sehingga memberikan perempuan itu satu aura kecantikan. Apa yang menyebabkan orang lain untuk berasa kagum tentang perempuan ini rambut warna perangnya yang panjang sehingga ke pinggangnya.
Warna perak ini bukan warna perak yang buruk. Sebaliknya, ia seperti utasan benang perak yang lembut dan licin. Semasa bergoyang, ia memberi satu tarikan yang pelik pada perempuan yang berpakaian perak itu.
Selepas Xiao Yan merenungnya badannya, Xiao Yan tidak dapat berhenti memuji dalam hatinya. Patutlah perempuan ini mampu menyebabkan semua renungan di dewan terarah kepadanya. Kecantikan dan tingkah laku jenis ini boleh dikira bagus.