Xiao Yan yang telah meminggirkan diri untuk beberapa bulan yang lepas, tidak dapat menahan dari mengeluh dengan beremosi semasa dia berjalan di antara orang ramai di dalam pekan kecil dan mendengar huru-hara di sekelilingnya. Manusia ialah sejenis haiwan yang suka tinggal dalam kumpulan. Jika mereka tinggal sendirian di dalam hutan selama berdekad-dekad, adakah mereka masih boleh bercakap?
Menggeleng kepala sambil tersenyum, Xiao Yan membuang soalan bodoh itu dari kepalanya dan menepuk ringan Pembaris Xuan Berat di belakangnya yang telah dibalut dengan kain hitam. Dia berdiri di satu persimpangan dan meneliti sekelilingnya. Selepas berfikir untuk seketika waktu, dia menarik seorang pejalan kaki dan bertanya tentang lokasi Rumah Seribu Ubatan. Dia kemudian membuka langkah dan menuju ke arah yang ditunjukkan oleh pejalan itu.